Abu Bakar dengan Makanan Tukang Tilek
Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan diri kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata;
" Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian"
Abu Bakar menjawab:
" Aku terlalu lapar sehingga aku terlupa untuk bertanya. Terangkanlah kepadaku di mana kamu dapat makanan ini ?"
Hambanya menjawab, " Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilek. Orang-orang yang aku tilek nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekek;
" Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku "
Kemudian Abu Bakar cuba untuk mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang telah ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati;
" Semoga Allah mencucuri rahmat atasmu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit itu"
Kepada orang ini, ABu Bakar menjawab,
" Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan nyawaku sendiri. Aku mendengar Nabi saw berkata, ' Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku".
Cerita seperti ini mengenai Abu Bakar terlalu banyak. Dia sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakannya. Bagaimana pula dengan kita ?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home